HABBATUS SAUDA::MADU: Khasiat Madu

Madu Yemen

Madu Yemen
Isi Kandungan: 250 gram Harga: RM 40

Antara khasiat madu ialah:

• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal.
• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus.
• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan.
• Bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik dan memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• Mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
• Madu lebah adalah punca semulajadi untuk tenaga segera.
• Kaya dengan Vitamin termasuklah:

a. VITAMIN A
b. VITAMIN B
c. VITAMIN C
d. VITAMIN D
e. VITAMIN E
f. VITAMIN K

Habbatus Sauda'

Habbatus Sauda'
Isi kandungan: 150 ml Harga: RM25 Berat:

Habbatus sauda'

Habbatus sauda'
Isi kandungan: 25 ml Harga: RM 9 Berat:

Antara Khasiat Habbatus Sauda' ialah:

1.Anti-inflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
2.Anti-arthritis, mengubati reumatik.
3.Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
4.Aktiviti hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5.Antiseptik, mengubati bau mulut.
6.Antivirus, mengubati demam dan selsema.
7.Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim. Urinary tract, mengubati saluran kemih dan buah pinggang.
8.Sistem imunisasi, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
9.Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.
10.Sistem peredaran darah, meningkatkan kinerja jantung.
11.Nematocidal, mengubati cacing pita.
12.Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Khasiat Madu

Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:

(Surah An-NAhl: 69).

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an, Baginda bersabda:


Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam Al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

Dipetik dari Tualang Kedah
 
Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web berikut: